SMIHJB | KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD JOHOR BAHRU 2023

Pada tanggal 3 Ogos 2023 yang lalu iaitu pada hari Khamis jam 9:00 pagi, telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa MSSD Johor Bahru 2023 di Sekolah Kebangsaan Nusantara, Gelang Patah. Pasukan Merentas Desa SMIH telah meneruskan perjuangan dengan menghantar seramai 8 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan mengikut kategori masing-masing, lelaki dan perempuan 15 dan 18 tahun bersama 2 orang guru iaitu Encik Mohamad Amin Bin Ahmad (Jurulatih / Physiotherapist) dan Cik Hilsha Binti Hashim (Pengurus Pasukan). Alhamdulillah SMIH telah mendapat beberapa kemenangan.

Berikut Laporan Keputusan Merentas Desa MSSD Johor Bahru 2023 bagi SMIH Johor Bahru :

Kategori L15
Tempat Ke-6 : Darwisy Aminudin Bin Mohd Firdaus
Tempat Ke-40 : Muhammad Amir Shahid Bin Rofazlin

Kategori L18
Tempat Ke-26 : ‘Affan Bin Mohd Nasir
Tempat Ke-34 : Amir Ziyad Bin Muhammad Tuah

Kategori P15
Tempat Ke-23 : Nur Aisyah Syafiah Binti Mustakim

Kategori P18
Tempat Ke-19 : Aleeya Najwa Binti Md Nor Azan

Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi kepada semua peserta yang terlibat dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Johor Bahru 2023. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa dan teruskan berjuang pada masa akan datang. Semoga kejayaan ini memberikan sinar untuk SMIH melakar sejarah ke peringkat yang lebih tinggi lagi dalam arena merentas desa. Luaskan kuasamu SMIH.

HILSHA BINTI HASHIM
PENGURUS PASUKAN SMIH
MSSD JB MERENTAS DESA

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda