SMIHJB | Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66 dan Bulan Akademik

PERINCIAN PROGRAM:
Satu pelancaran bagi sambutan Bulan Kebangsaaan ke-66 peringkat Sekolah Menengah Islam Hidayah telah diadakan pada hari isnin, 31 julai 2023.
Pelancaran ini telah dirasmikan oleh puan pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan dengan tema ‘ Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Program ini akan berjalan selari dengan program Bulan Akademik yang akan berlangsung bermula 31 Julai 2023 sehingga 18 September 2023.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan ini antaranya, Fotografi Merdeka, Sudut Patriotik, Kuiz Cerdik Merdeka serta pelbagai lagi aktiviti menarik bakal di laksanakan.
Diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini, murid-murid dapat melibatkan diri sebaiknya, selain itu, dapat mengasah bakat murid sekaligus mewujudkan semangat patriotik dalam jati diri murid.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda