SMIHJB | PERTANDINGAN MSSD BOLA TAMPAR 2023

               Pada 12 Julai 2023 yang lepas, Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menyertai pertandingan bola tampar di peringkat daerah Johor Bahru. Seramai 12 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini dan di ketuai oleh saudara Mujahid sebagai ketua pasukan serta dua orang guru pengiring. Pertandingan berlangsung di SMK Taman Pelangi yang secara keseluruhannya mengumpulkan 20 buah sekolah berbeza.

               Pertandingan bermula dalam bentuk liga dan SMIH telah dikumpulkan di dalam kumpulan D bersama 4 sekolah lain iaitu SMK Taman Tun Aminah, SMK Bukit Indah, SMK Medini dan SMK Impian Emas. Berikut adalah keputusan pertandingan SMIH terhadap  sekolah dalam kumpulan D.

BilNama Sekolah di LawanKeputusan
1SMK Taman tun AminahKalah
2SMK Bukit IndahKalah
3SMK MediniMenang
4SMK Impian EmasMenang

               Secara keseluruhan, SMIH telah mendapat tempat ke-3 dalam kumpulan D. Walaubagaimanapon, SMIH tidak mara ke peringkat seterusnya kerana hanya dua sekolah terbaik dalam kumpulan sahaja yang akan mara ke depan. Pertandingan pada 12 Julai 2023 berakhir pada pukul 5 petang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda