SMIHJB | PROGRAM MABIT DAN DAURAH TINGKATAN 2 TAHUN 2023

Alhamdulillah, telah berlangsung program Mabit dan Daurah Tingkatan 2 2023 buat kali yang pertama. Program selama 2 hari 1 malam pada 15-16 Jun 2023 ini telah diadakan di sekitar sekolah dengan kehadiran seramai 74 banin dan 77 banat Tingkatan 2 serta 29 fasilitator.

Program anjuran Penyelaras Tarbiah Tingkatan 2 ini telah disusun untuk menyentuh beberapa aspek dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pada hari pertama, program dimulakan dengan taklimat dan diikuti dengan solat asar dan riadhah dan permainan ukhuwwah.

Pada sebelah malam setelah ma’thurat, solat Maghrib dan Isya’, murid telah diisi dengan penyampaian mabit dengan tajuk yang bertemakan Rahmah oleh Ustaz Sufbri bin Karmin bagi banin, dan oleh saudari Nik Nur Amirah binti Nik Ismail bagi banat.

Pada hari kedua pula, program diteruskan dengan Daurah bertajuk ‘Meniti Usia Baligh’ ‘oleh tenaga pengajar SRIH JB iaitu Ustaz Mohd Saleh bin Mohamed. Murid bersurai pada jam 11.15 pagi setelah sesi penutup serta sesi bergambar. 

Semoga program ini mencapai objektifnya serta menyumbang dalam membina murid yang soleh dan musleh.

#berilmuberamalmemimpin

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda