SRIHBP | JUARA KEJOHANAN SILAT PENDEKAR SEABAD 2023

31 Mei – 4 Jun 2023 : Seorang murid SRIHBP iaitu adik Harraz Haziq (4AI) telah menyertai Kejohanan Silat Pendekar Seabad 2023 yang dianjurkan oleh Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Harraz memasuk kategori Kelas A (PUTRA) dalam kejohanan ini.

Pertandingan berlangsung 5 hari ini telah menyebab Harraz perlu mengerah keringat yang banyak sebelum berjaya ke peringkat suku akhir. Ada 4 perlawanan yang Harraz perlu lalui sebelum menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir.

Dengan usaha yang bersungguh dan kekentalan azam yang jitu, Harraz berjaya menewaskan semua lawannya untuk melangkah ke peringkat akhir dalam kejohanan ini.

Perlawanan akhir yang mendebarkan ini telah berlangsung hampir jam 12:00 pagi. Sekiranya kawan sebaya Harraz telah lena dibuai mimpi, Harraz tetap bersemangat untuk menghadapi lawannya yang terakhir bagi mendapat gelaran Juara.

Dengan izinNya, Harraz Haziq berjaya menewaskan lawannya di pentas akhir dan berjaya membawa balik gelaran Juara Kelas A (PUTRA) dalam Kejohanan Silat Pendekat Seabad ini.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Harraz dan keluarga atas kejayaan ini!

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda