SMIHJB | YOUNG ACHIEVERS’ AWARD 2022/2023S

Pada Selasa, 16 Mei 2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru (SMIH JB) telah menghantar dua kumpulan pelajarnya untuk menyertai pertandingan Young Achievers’ Award (YAA) anjuran Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (SRIM) Peringkat Zon Selatan (Negeri Johor). YAA ialah pertandingan yang bertujuan meningkatkan minat generasi muda terhadap 4 profesion juruukur iaitu: Juruukur Geomatik dan Tanah (GLS), Juruukur Hartanah (PS), Juruukur Bangunan (BS) dan Juruukur Bahan (QS). Dalam pertandingan ini, peserta telah membuat Kajian Guna Semula bagi pusat membeli belah Nusajaya Square.

Pertandingan telah dilaksanakan melalui platform dalam talian (Webex). Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mendapat kedudukan Naib Johan dan Ke-Tiga dalam pertandingan ini. Berikut adalah butiran bagi kumpulan peserta daripada SMIH JB:

🥈Naib Johan: Kumpulan Hidayah Acrux (Hadiah wang tunai bernilai RM300)
Ahli Kumpulan:

  1. Ahmad Mujahid bin Mohd Fadzil
  2. Muadz bin Amirasyid
  3. Adam Darwisy bin Ben Faisal
  4. Muhammad Shazwan bin Shaifuddin
    Guru penyelia: Ustaz Amirul bin Ahmad dan Ustaz Muhammad Saiful Adzlan bin Saifuddin

🥉Tempat Ketiga: Kumpulan Hidayah Nexus (Hadiah wang tunai bernilai RM200)
Ahli Kumpulan:

  1. Muhammad Siddiq bin Atan
  2. Faidh Ahmad Firdaus
  3. Muhammad Danial Hakim bin Safari
    Guru Penyelia: Ustazah Nur Hidayah binti Junaidi

Pada 27 Mei 2023 pula, telah diadakan pertandingan akhir bagi pembentangan kajian guna semula di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Siddiq bin Atan dan Muadz Amirrasyid kerana telah terpilih sebagai pembentang terbaik kumpulan. Pihak RISM akan memberikan biasiswa kepada kedua pelajar ini sekiranya menyambung pelajaran dalam bidang juruukur selepas tamat persekolahan

Alhamdulillah, tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat kerana telah memberikan pembentangan dan komitmen yang terbaik. Ribuan terima kasih dan jazakumullahu khairan diucapkan kepada pihak sekolah, guru – guru dan ibu bapa yang memberi sokongan dan bimbingan sepenuhnya.

Semoga dengan penglibatan seumpama ini akan melahirkan para pelajar SMI Hidayah JB memiliki daya saing yang tinggi dan cemerlang sentiasa.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda