SRIHBP | Penyerahan Watikah Pelantikan Kepimpinan SRIHBP 2023

18 Mei 2023, seramai hampir 100 orang murid telah mendapat watikah pelantikan kepimpinan daripada Unit Kepimpinan SRIHBP. Program ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah iaitu Tuan Haji Jelani B Ramly sebagai pembakar semangat kepada murid bagi menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Setelah itu, Tuan Haji Jelani B Ramly dan diiringi Guru Besar SRIHBP Ustazah Rozita Binti Othman menyampaikan watikah kepimpinan ini kepada murid yang memegang jawatan disekolah.

Tn Hj Jelani menyampaikan watikah kepada Ketua Pengawas

Antara jawatan yang ada di SRIHBP ialah Pengawas, Pengawas Pembangunan Sahsiah Murid, Pengawas Keceriaan, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Ketua dan Penolong Ketua Mentor.

Tahniah di ucapkan kepada semua murid yang telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai orang yang ada jawatan di sekolah. Semoga murid SRIHBP dapat menjalankan amanah ini dengan sebaiknya.

Klik sini untuk gambar sepanjang program

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda