SMIHJB | Perkhemahan Nasional (KEMNAS) v Pramuka Jaringan Sekolah IsamTerpadu (JSIT), Cibubur, Jakarta, Indonesia 2023.

Jakarta – 14 hingga 20 Februari 2023, seramai 10 orang syabab diiringi seorang pegawai pengiring telah menyertai Khemah Nasional (KEMNAS) V di Cibubur, Jakarta. Perkhemahan merupakan satu wasilah atau platform untuk menghimpunkan anggota dan pegawai dalam satu program yang berfokus kepada 3 perkara iaitu persaudaraan, pelatihan dan pendidikan nilai atau karakter. Persaudaraan membawa maksud peluasan jaringan komunikasi merentas sempadan yang dihimpunkan untuk merasai pengalaman dan nikmat  ukhuwwah secara praktikal. Pelatihan bermaksud perkhemahan itu tidak sunyi daripada berlakunya aktiviti pelatihan fizikal, minda dan perlumbaan dalam suasana mesra dan saingan yang sihat.

Pendidikan atau tarbiah itu mengambil tempat dalam menerapkan nilai-nilai murni berfokus pembinaan karakter melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. KEMNAS V yang diadakan 3 atau 4 tahun sekali ini merupakan siri-siri kunjungan ukhuwah antara negara-negara senusantara yang mempunyai seni budaya yang berbeza namun tetap bersatu dalam usaha membina generasi muda yang berpandangan luas sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran masa depan. Scouting skill merupakan salah satu elemen penting dalam KEMNAS V ini, dimana peserta didedahkan dengan kod kotak, kod semaphore, kod rumput, ikatan, pertolongan cemas dan banyak lagi ilmu baru yang boleh dipelajari disini.

– Kontinjen Malaysia terus menjadi perhatian disana, ramai yang berjumpa, bergambar dan bertukar-tukar cenderahati.

Kontinjen Malaysia juga telah mempersembahkan kawad kaki berirama yang diwakili oleh kumpulan SMIHJB. Tonton disini : https://youtu.be/VfpdA9nVbvM

Tuntasnya, ini merupakan pengalaman yang sangat menarik dan berharga buat peserta dan pegawai pengiring. Program ini diharap dapat membentuk nilai-nilai murni dan jati diri dalam diri peserta untuk melahirkan generasi Rabbani yang berilmu, beriman, berakhlaq mulia dan mampu memimpin masyarakat sesuai dengan tuntutan al-Quran dan As-Sunnah. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat ibu bapa yang memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan membenarkan anak-anak ini menyertai misi ini. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang dan menyokong usaha ini. Semoga pada masa akan datang, lebih ramai murid dapat merebut peluang menyertai program sebegini

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda