PPH | Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM MUSLEH (SPAIM) Kohort 1 2023

Johor Bahru – Seramai 40 graduan program latihan pengajian ikhtisas guru yang tamat menjalani Sijil Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) kohort 1 dirai dalam Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh bagi tahun 2023.

Ucapan Aluan dan Perasmian oleh Dr Azma Binti Mahmood,
Ketua Unit Latihan IKRAM MUSLEH
Ucapan Aluan oleh Dr Ir Datuk Wahid Bin Omar,
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pendidikan Hidayah

Turut serta bagi meraikan graduan bagi majlis ini ialah Hj Hassan Bin Hushin; Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru, Prof Madya Ts. Hj Masiri Bin Kaamin; Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Pusat Pendidikan Hidayah Batu Pahat, Hj. Mohd Jelani Bin Ramly; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah, Dr Adnan Bin Omar; Penyelaras Unit Latihan IKRAM Musleh Zon Selatan, Puan Seri Juli Emas Wati Binti Adnan; Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru, Puan Rohaida Binti Ridzwan; Guru Besar Sekolah Rendah Islam Johor Bahru, Ustaz Abdul Majeed Bin Zulkipli; Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat, Puan Rozita Binti Othman; Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat.

Daripada jumlah itu, 16 graduan merupakan penerima dari Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru, 15 graduan daripada Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru, dan selebihnya, 9 graduan daripada Sekolah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat.

SPAIM adalah kursus asas perguruan dalam perkhidmatan anjuran IKRAM MUSLEH. Kursus ini dahulunya dikenali sebagai SPIIM (Syahadah Perguruan Islam IKRAM MUSLEH).

Ucapan Aluan oleh Penerima Anugerah Khas Al-Ghazali

Ketua Unit Latihan IKRAM Musleh, Dr. Azma Mahmood, sewaktu ucapan pembukaannya dalam Majlis Konvokesyen SPAIM berkata, Pendidikan IKRAM Musleh terus komited untuk melatih guru-guru rangkaian sekolah IKRAM Musleh melalui program-program pembangunan profesionalisme keguruan IKRAM Musleh dalam segenap aspek khususnya dari sudut pelaksanaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

“Teruslah belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran agar kita tidak menjadi air yang bertakung dan busuk. Otak yang tidak berfikir lama-lama akan berkarat sebagaimana batu yang tidak bergolek akan mengumpul lumut. Oleh itu, antum harus terus belajar untuk menambah ilmu dan kemahiran perguruan. Di samping itu, antum juga harus memperlengkapkan diri sebagai muallim/muallimah rabbani,” katanya.

Tambahnya lagi, menjadi seorang pendidik memerlukan tenaga yang besar, semangat yang kuat, pengorbanan yang telus dan langkah yang mantap. Guru yang berjiwa besar dan ikhlas, kekuatan fizikal yang kuat dan sihat serta fikiran yang positif dan dinamik sahaja yang mampu menanggung tanggungjawab ini.

Jamuan buat para graduan

Semoga majlis ini akan memberi semangat kepada warga pendidik IKRAM MUSLEH untuk terus memacu kecemerlangan holistik bagi membina generasi yang soleh dan musleh.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda