SMIHJB | KEM TAHSIN AL-QURAN SMIH JB 2022

Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Tahsin Tilawah Al-Quran pada 8-9 Disember 2022 anjuran Bidang Tahfiz bagi murid-murid yang terpilih bertempat di Dewan Tabuk dan Dewan Qadisiyyah SMI Hidayah Johor Bahru.

Kem ini telah disertai oleh murid Tingkatan 1-4 seramai 90 orang yang terdiri dari kelas Tilawah Level 1&2. Kem ini dijalankan adalah untuk memperbaiki bacaan Al-Quran murid, berlainan dari kem Tahfiz yang dijalankan seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada kali ini, kem ini menekankan hukum tajwid Makhraj Huruf dan Hukum Nun Sukun & Tanwin.

Beberapa orang penceramah telah dijemput untuk menjayakan kem ini iaitu Ustaz Azmen Yusof, Ustazah Nabilah Jaafar dan Ustaz Mohd Hazwan Nor Hisham. 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menyertai kem ini dengan penuh semangat. Tidak lupa juga jazakumullah khairal jaza’ diucapkan kepada semua guru Bidang Tahfiz yang terlibat.

Semoga kem ini dapat menjadi titik tolak kepada murid untuk lebih prihatin dalam bacaan Al-Quran serta menambah kecintaan dalam diri murid  terhadap Al-Quran.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda