SRIHJB | Pelancaran Kempen Inspiring Kindness In School

Pada hari Ahad, 25 September 2022, satu kempen yang diberi nama Inspiring Kindness In School telah dilancarkan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah, Puan Hajah Rohaida binti Ridzwan.

Kempen ini bermula September 2022 sehingga Januari 2023 dengan kerjasama Unit Disiplin, Unit Pembangunan Sahsiah Murid ( PSM), Unit Kepimpinan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK).

Objektif yang ingin dicapai daripada pelaksanaan program ini ialah:

1.Mendedahkan murid dengan nilai-nilai murni yang seharusnya menjadi biah sekolah.

2.Menghargai murid-murid yang berbudi bahasa dan sentiasa mengamalkan akhlak mulia serta membuka peluang kepada murid-murid lain untuk mencontohi mereka.

3.Memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid mengenai adab-adab yang perlu diamalkan seperti adab menghormati guru, ibu bapa, adab pelajar dan sebagainya.

Aktiviti yang telah dirancang bagi mencapai objektif program adalah seperti berikut :

  1. Anugerah Kumpulan Menti Rajin. ( 3 Kali Setahun)
  2. Anugerah Menti Qudwah Hasanah ( Setiap bulan )

3.Duta Anak Soleh (Kebaikan yang bermakna dan diberi setiap bulan )

  1. Tazkirah Setiap Khamis ( Selepas Solat Zuhur)
  2. Bacaan Al Quran Awal Pagi
    ( Bertempat di Dataran Amanah setiap jam 7.00- 7.20 pagi)

Semoga kempen yang dilaksanakan ini mencapai objektifnya dan memberi impak kepada diri pelajar dan suasana sekolah .

SOLEH, MUSLEH, CEMERLANG DAN RAHMAH

Disediakan oleh
Ikrimah Ab Haris
Setiausaha Program

LAMPIRAN GAMBAR :

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda