SMIHJB | Laporan Atlet SMIH di Kejohanan Olahraga MSSJ 2022

Rentetan dari kemenangan di Kejohananan Olahraga MSSD 2022, seorang atlet SMIH iaitu Muhammad Aqil Fahmi b Mohamed Ali telah mewakili MSSD Johor Bahru ke Kejohanan Olahraga MSSJ 2022 yang berlangsung pada 27 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022 bertempat di Stadium Olahraga Mount Austin.

Saudara Muhammad Aqil telah mengambil dua acara dalam kejohanan tersebut iaitu Lompat Jauh Lelaki 15 tahun dan 4x400m Lelaki 15 tahun.

Dia telah menunjukkan prestasi yang bagus dalam acara Lompat Jauh pada 28 Ogos, namun nasib kurang menyebelahinya. Dia menduduki tangga ke-6 dari 13 orang peserta dengan lompatan sejauh 5.31 meter.

Namun begitu, dia menebus kembali kekecewaannya dalam acara 4x400m dimana kuartet MSSD Johor Bahru telah berjaya menduduki tempat kedua dengan mendapat pingat Perak.

Syabas dan tahniah kepada Saudara Muhammad Aqil Fahmi b Mohamed Ali. Semoga kejayaannya mencetus semangat kepada rakan-rakannya yang lain untuk terus berusaha dalam sukan.

Sekian, terima kasih.

Laporan oleh:
Ustaz Mohamad Amin
Jurulatih Olahraga SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda