SMIHJB | PERJUMPAAN KELUARGA PENYAYANG TINGKATAN 1-5

07 ogos 2022 – Slot aktiviti keluarga penyayang (mentor mentee)  bagi semua tingkatan dilaksanakan setiap hari isnin .

Antara objektifnya adalah mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dikalangan guru dan murid,mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai dan memberi keyakinan dalam diri dalam menghadapi masalah,hasil bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mentee.

Aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan tema yang diberi iaitu menengah rendah berbuat baik kepada ibubapa ,mereka dikehendaki mengingat salasilah keluarga ibubapa masing-masing supaya lebih mengenali keluarga sekaligus mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Manakala menengah atas adalah tema silaturrahim ,mereka dikehendaki membuat kad ucapan dan memberikan kad itu kepada ahli dalam kumpulan mereka.

Semoga dengan aktiviti berkenaan dapat memberi impak positif kepada  minda dan emosi anak-anak SMIH .

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda