SRIHJB | PELANCARAN KEMPEN SIHAT SEPANJANG HAYAT GURU SRIH JB

Pada Ahad 17 Julai telah berlangsung Majlis Pelancaran Kempen Sihat Sepanjang Hayat yang disempurnakan oleh Guru Besar SRIH Ustazah Rohaida Ridzwan. Majlis berlangsung di Dewan Mesyuarat Hudaibiah pd jam 2:45 hingga 3:15 petang.

Kempen yang bertemakan Sihat untuk Sejahtera ini berlangsung selama dua bulan dan mensasarkan penglibatan semua guru dalam beberapa aktiviti yang telah disusun dengan pemantauan kendiri melalui jurnal kesihatan masing-masing.

Antara aktiviti utama ialah Isnin Puasa Sunat Badan Sihat, Khamis Tanpa Air Manis,riadah berkelompok dan pemeriksaan kesihatan.

Majlis pelancaran juga diserikan dengan persembahan montaj dan diakhiri dengan Ujian DASS secara atas talian.

Semoga kempen ini berjaya mencapai objektif yang digariskan seterusnya menyumbang ke arah pembinaan warga pendidik yang sihat dan sejahtera.

Dilaporkan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor
Pengurus Tarbiah Guru SRIH
18/7/2022

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda