SMIHJB | KEM PRAKTIS CEMERLANG WUDUK & SOLAT

Pada 1 ogos 2022 hari isnin, Bidang Ilmu Wahyu SEK MEN ISLAM HIDAYAH(SMIH) telah menjalankan KEM IBADAH kepada semua murid tingkatan 1 Dan 2 bermula dari 8 pagi sehingga 12.30 tengahari. Seramai 310 murid terlibat daripada 336 jumlah keseluruhan murid tingkatan 1 Dan 2, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu sebanyak 13 kumpulan banin dan 11 kumpulan banat.

Alhamdulillah program ini dapat dilaksanakan setelah beberapa tahun tergendala disebabkan PKP. Banyak yang dipelajari oleh murid2 antaranya berkaitan WUDUK cara Rasulullah SAW,amali dan praktikal SOLAT yang dijalankan oleh seramai 26 orang fasi.Tahniah diucapkan kepada murid- murid kerana berjaya menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberi dengan baik.Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua Fasi- Fasi yang terlibat menjayakan program yang amat penting ini yang melibatkan kemenjadian murid sekaligus membantu membentuk generasi yang Rabbani.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda