PPH | Majlis Penghargaan Hidayah 2022

30 Julai 2022 – Majlis Penghargaan Hidayah 2022 telah berlangsung di Grand Hotel Paragon pada hari Sabtu yang lepas. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada kakitangan yang sudah lama berkhidmat mengikut kategori yang layak menerima pada tahun semasa dan menjalinkan ukhuwah sesama warga Hidayah.

Antara dif-dif terhormat yang hadir ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah; Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, barisan jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah (LPA), barisan jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) Johor Bahru, barisan jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) Batu Pahat barisan jawatankuasa Yayasan Pendidikan Hidayah, Guru Besar dan Pengetua.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis iaitu Ust Umayr dan Ust Imran. Kemudian diteruskan dengan bacaan Al-Quran beserta terjemahan oleh Ust Mohd Nor bin Omar.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah Berhad; Ustaz Mohd Jelani bin Ramly. Antara penekanan beliau adalah betapa kuatnya usaha warga hidayah bagi pengharungi dan berikan terbaik sepanjang pandemik Covid-19 berlaku.
Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengrusi Lembaga Pemegang Amanah; Datuk Dr. Ir. Wahid bin Omar.

“Staf yang merasakan dihargai oleh organisasi akan memberi yang terbaik dan memiliki rasa kesepunyaan, ‘sense of belonging’ dan kepuasan melaksanakan amanah.” kata beliau dalam ucapannya.

Majlis dirasmikan oleh Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar dengan jayanya. Majlis dimeriahkan lagi dengan gimik perasmian yang mewarnai majlis tersebut. Montaj terus dimainkan selepas perasmian tersebut. Pautan montaj dan gimik seperti berikut: https://youtu.be/8j_rt9ZjIu8.

Seterusnya, penyerahan anugerah pertama iaitu Anugerah Khidmat Setia 10 tahun dimulakan. Seramai 14 staf yang menerima anugerah ini.

Cabutan bertuah sesi 1 penuh dengan debaran dilangsungkan setelah selesai sesi penyampaian anugerah khidmat setia 10 tahun. Lebih kurang 100 lebih hadiah yang di sediakan bagi cabutan bertuah ini.

3 sesi cabutan bertuah diselang-selikan dengan penyampaian Anugerah Khidmat Setia bagi tahun 15, 20, 25 dan 30 tahun. Ustazah Rafidah bin Salleh menerima tepukan yang paling gemuruh kerana khidmat beliau selama 30 tahun di Hidayah. Ustaz Azmen bin Yusof pula staf paling bertuah pada malam tersebut kerana menerima hadiah cabutan bertuah tempat pertama iaitu dinar emas bernilai RM 1200.

Setelah selesainya penyerahan anugerah dan cabutan bertuah, majlis diakhiri dengan bacaan doa dan seterusnya sesi jamuan makan. Pelbagai juadah seperti lauk pauk yang aneka pelbagai, sup cendawan, buah-buah, kek, ada beberapa jenis hidangan air yang dihidangkan oleh pihak hotel.

Suasana yang penuh ceria dan meriah ini membuktikan objektif bagi majlis ini tercapai dengan jayanya.

Album MPH 2022 boleh dapatkan disini: https://photos.app.goo.gl/VPqZt2cZbWHvvQxD6

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda