PPH | Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengarah Pendidikan Johor

Pengurusan Pusat Pendidikan Hidayah telah berkunjung ke Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan melakukan sesi perbincangan dengan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu En Md. Said bin Md. Daimon pada 19 Jun 2022.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengerusi Lembaga Sekolah Hidayah iaitu Tuan Hj. Hassan bin Hushin. Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Guru besar Sekolah Rendah Islam Hidayah iaitu Puan Rohaida binti Ridzwan dan Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah, Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan.

Tuan Pengarah Pendidikan memberi penekanan agar Sekolah Islam Hidayah terus berusaha memantapkan sahsiah dan akhlak murid kerana katanya ia sangat penting dalam pembinaan kepimpinan negara dan tenaga kerja profesional yang amanah dan beritegriti di masa hadapan. Namun begitu pencapaian akademik juga perlu terus juga diberi penekanan agar cemerlang.

Selain itu beliau juga berpesan agar sekolah memperbanyakkan program-program silang budaya bagi melahirkan generasi yang mampu dan berkeyakinan berhubung dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Selain itu sekolah juga disarankan mempunyai identiti murid yang jelas yang boleh menggambarkan nilai baik bagi sesebuah sekolah yang seterusnya menarik minat dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan yang dijalankan.

Semoga kunjungan hormat ini memberi manfaat kepada pendidikan anak-anak di Sekolah Islam Hidayah khsusnya dan di Negeri Johor amnya.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda