SRIHJB | MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN DAN INDUKSI PUSTAKAWAN 2022/2023

Pada 16 Jun 2022, Unit Pusat Sumber Al-Ghazali telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan bagi pustakawan 2022/2023 dan Induksi Pustakawan bagi memberi penerangan awal berkaitan tugasan dan sistem di pusat sumber.

Seramai 50 orang pustakawan SRIHJB dan 9 orang guru yang telah bersama-sama menjayakan majlis ringkas ini. Turut hadir juga ialah Puan Guru Besar, Ustazah Hjh Rohaida Binti Ridzwan bersama-sama memberikan ucapan dan kata motivasi kepada semua pustakawan agar bersemangat dalam memulakan tugasan dan menunjukkan qudwah yang terbaik, lebih-lebih lagi dalam meningkatkan kesedaran membaca dalam kalangan murid.

Semoga pustakawan SRIHJB bersama berganding bahu dalam menerapkan jiwa membaca dan cintakan ilmu kepada semua murid di Sekolah Rendah Islam Hidayah,Johor Bahru.

UNIT PUSAT SUMBER AL-GHAZALI
18 Jun 2022

LAMPIRAN GAMBAR

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda