SMIHJB| PROGRAM TAUTAN UKHUWAH PPH.

Alhamdulillah

Pada hari Sabtu ,15 Januari 2022 jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari “Program Tautan Ukhuwah PPH” telah berlangsung.
Ia melibatkan 197 orang guru SMIH , SRIH dan staf bukan akademik Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru.

Program yang berobjektifkan ukhuwah dan kebersamaan antara semua tenaga kerja di PPH JB ini telah dirasmikan oleh Dr Hj Mazlan Jama’an, Ahli Lembaga Pengelola Hidayah.

Bagi para peserta,program ini amat bermakna setelah 2 tahun tidak menyertai program-program tarbiah secara bersemuka.
Mengambil kira situasi semasa yg masih lagi dibelenggu dengan ancaman Covid -19, semua peserta dan AJK menjalani ujian RTK Covid-19 sebelum menghadiri program.

Antara aktiviti yang diadakan ialah makan bersama, pengisian tazkirah, mendengar rakaman taklimat dan ucapan perasmian, jaulah bersama, membersihkan kubur dan aktiviti riadah, taaruf serta “sharing”ahli kumpulan.

Alhamdulillah para peserta memberikan maklumbalas positif terhadap agenda yang dilaksanakan untuk meningkatkan ukhuwah dan kesatuan hati dalam memikul tugas dan tanggungjawab di PPH.

“Ukhuwah Gemilang , PPH Mampan”

Ustaz Ahmad Taufiq Abd Jaafar
Pengurus Tarbiah SMIH JB.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda