SRIHBP | MODUL PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN

Assalamualaikum,

Sukacitanya kami kongsikan di sini keputusan UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2021 yang pada tahun ini dijalankan secara format baru iaitu MODUL PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua anak-anak Hidayah yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK 2021!

Tahniah juga buat ibu bapa yang pastinya telah banyak mendidik dan berkorban untuk kejayaan anak-anak cemerlang ini!

Selaku pihak yang dipertanggungjawab untuk membantu ibu bapa SRIHBP yang berhasrat mendaftar anak menduduki UPKK, pihak PIBG SRIHBP ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak sekolah atas kerjasama dan pertimbangan yang diberikan terutama sepanjang tempoh anak-anak ini perlu hadir ke sekolah agama petang pilihan yang berdekatan.

Semoga proses pendaftaran SRIHBP untuk menjadi pusat peperiksaan UPKK bermula tahun 2022 berjalan lancar lantas memberikan nilai tambah bagi pihak sekolah di samping memberikan anak-anak Hidayah peluang pendidikan yang lebih luas.

Sesungguhnya kami percaya kejayaan cemerlang anak-anak ini secara langsung adalah hasil didikan dan tarbiyah yang mereka perolehi di SRIHBP!

TAHNIAH SEMUA!!!

-pengerusi PIBG SRIHBP-

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda