Alhamdulillah, pada hari Khamis 28/10/2021 yang lalu, satu program MABIT iaitu singkatan bagi Malam Bina Iman dan Taqwa telah dijalankan melibatkan seluruh ahli batch Altair 23.
Seramai 79 orang setiap ahli banin dan banat beserta guru tarbiah batch terlibat bersama-sama di dalam program ini.
Program MABIT dimulakan dengan aktiviti riadah kendiri. Seterusnya terdapat slot mathurat asar dan subuh menggunakan medium Google Meet. Satu slot khas dijalankan selepas maghrib iaitu slot tazkirah yang diberi oleh wakil banin dan banat.
Slot pengisian dijalankan selepas solat isyak :
SLOT PENGISIAN : ISTIQAMAH
Oleh :
Ustaz -Muhammad Amin Bin Khidzir
(Alumni SMIH – Gen 8)
Semoga MABIT dan pengisian ini dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman semua peserta serta mampu diamalkan seharian in syaa allah..Ameenn
Norzahriah bt Mukibah
Penyelaras Tarbiah Ting.5