Pada 10, 11 dan 17 September 2021 yang lalu, Unit Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru telah mengadakan program Induksi MPP. Peserta program ini ialah barisan MPP sesi 2021/2022 yang secara rasminya telah dilantik pada 1 September 2021.

Program induksi MPP kali ini dilaksanakan secara atas talian dan susun atur aktiviti mengikut kesesuaian masa di musim pandemik covid 19. Antara bentuk ativiti yang telah dijalankan ialah pengisian daripada ketua guru MPP, Ustaz Baihaqi Mohd Hatta, amanat daripada pengetua, Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan, aktiviti taaruf serta perbincangan antara ahli MPP dan aktiviti permainan untuk mewujudkan sifat kerjasama antara ahli MPP.

Berikut adalah nama serta jawatan barisan MPP sesi 2021/2022.

Ketua Pelajar: Muhammad Musab Umaiyr Bin Suryani
Timbalan Ketua Pelajar 1: Hazirah Binti Mohd Zarhamdy
Timbalan Ketua Pelajar 2: Mohamad Hakimi Bin Mohamad Husaini
Naib Ketua Pelajar: Asma’ Amanina Binti Baharin
Setiausaha 1: Thooreq Bin Zamil Najwah
Setiausaha 2: Firzana Hanisa Binti Abdul Halim
Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS): Muhammad Musab Umaiyr Bin Suryani & Asma’ Amanina Binti Baharin
Unit Taadib dan Disiplin Pelajar: Mohamad Hakimi Bin Mohamad Husaini & Hazirah Binti Mohd Zarhamdy
Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS): Syamil Rahman Bin Muhammad Luqman & Aida Amalina Binti Jamaludin
Unit Asrama: Ahmad Zubayr Bin Mohamed Hadzri & Jihan Qaisara Binti Asrul
Unit Perhubungan dan Kebajikan: Adam Darwisy Bin Ben Faisal & Amani Balqis Binti Arman
Unit Dakwah Ummah: Ahmad Faishal Bin Abdullah Asuhaimi & Nur Zarifah Binti Hairunazri

Alhamdulillah, program induksi MPP berjalan dengan lancar selama 3 hari dan para peserta memberikan tumpuan juga kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Semoga para peserta dapat mengambil manfaat sebanyak mungkin dari program Induksi MPP ini serta menyuntik semangat pimpinan dalam diri. Besar harapan pihak sekolah kepada barisan MPP 2021/2022 agar dapat memimpin para pelajar SMIH dengan lebih baik seterusnya memimpin ummah pada masa akan datang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda