Mabit dan Daurah bagi semua murid Tingkatan 3 batch Acrux 25 pada hari Khamis, 23 September 2021 sehingga hari Jumaat, 24 September 2021 yang lalu.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpahan kurnianya dapat diadakan Mabit dan Daurah bagi semua murid Tingkatan 3 batch Acrux 25 pada hari Khamis, 23 September 2021 sehingga hari Jumaat, 24 September 2021 yang lalu.

Seramai 117 orang peserta bersama murabbi mereka telah menyertai program yang telah diadakan secara maya melalui medium Google Meet.

MABIT (BANIN & BANAT)
Tajuk : Zikrullah
Objektif : Menerapkan sifat sentiasa mengingati Allah dalam setiap langkah
Tarikh : Khamis, 23/9/21
Masa : 9:00 p.m – 10:45 p.m
Muwajjih : Luqman M. Fauzi, Alumni SMIHJB Batch 18

DAURAH KUA (BANIN & BANAT)
Tajuk: Interaksi Dengan Al-Quran
Objektif:

  • memahami bahawa al quran adalah alat utama dalam mengubah syakhsiah islamiyah diri dan mutarabbi
  • melalui interaksi yang betul dengan Al-Quran, sedikit demi sedikit mereka dapat meletakkan Al-Quran sebagai yang paling penting dalam urusan fardi dan dakwi
    Tarikh : Jumaat, 24/9/21
    Masa : 9:30 a.m – 11:30 a.m
    Muwajjih : Ustaz Wan Abdul Rahman, Alumni SMIHJB Batch 13

DAURAH KAT & KUZ (BANIN)
Tajuk : Kehidupan Sebagai Muslim
Objektif : Pandangan dunia daripada seorang remaja dan membuka mata mereka supaya mula melihat situasi semasa sebenar yang sedang berlaku.
Tarikh : Jumaat, 24/9/21
Masa : 9:45 a.m – 11:30 a.m
Muwajjih : Suhayb bin Sufian, Alumni SMIHJB Batch 21

DAURAH KAT & KUZ (BANAT)
Tajuk : Tarbiyah Dzatiyah
Objektif : Meningkatkan kesedaran dalam menunaikan tanggungjawab sebagai muslim dan mendekatkan diri kepada Allah
Tarikh : Jumaat, 24/9/21
Masa : 9.00-11.30pg
Muwajjih : Haziqah Amani, Alumni SMIHJB Batch 21

Semoga pengisian yang diberi dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman serta dapat diamalkan dalam kehidupan seharian, Insya Allah. Ameen.

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda