LAPORAN PROJEK SAHABAT PENA SAYA

Pada hari Sabtu, 18 September 2021, majlis penutup Projek Sahabat Pena (PSP) telah diadakan secara dalam talian. Majlis penutup ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 2 sehingga pukul 3.30 petang dengan menggunakan medium Google Meet. Projek Sahabat Pena yang dianjurkan oleh Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya (PKKB) ini telah melibatkan penyertaan seramai 38 orang pelajar daripada 4 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina dan 5 buah Sekolah Musleh dari seluruh Malaysia. Seramai 13 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bharu yang terdiri daripada pelajar 3 Intisor dan 4 Abqari telah menyertai program ini bermula daripada bulan April sehingga bulan September.

Objektif program ini diadakan ialah untuk memupuk kerjasama dan hubungan harmoni antara pelajar menerusi tugasan yang perlu dilaksanakan dengan menggunakan medium e-mel sebagai perantaraan. Sepanjang projek ini dijalankan, pelajar perlu berbincang dengan sahabat pena berkaitan tugasan dan perbincangan yang dilakukan perlulah sejajar dengan konsep saling menghormati dan toleransi antara satu sama lain. Selain itu juga, semasa majlis penutup berlangsung, maklumat tentang tinjauan perasaan dan pendapat setiap pelajar dan guru penyelaras mengenai program ini turut dikongsikan. Sebagai tanda penghargaan, pihak penganjur telah memberikan sijil penyertaan kepada setiap peserta dan berharap pelajar dapat terus mengaplikasikan nilai murni yang dipelajari sepanjang program ini berlangsung dalam kehidupan seharian.

20 September 2021

Disediakan Oleh,   

(Nor Farah Anis binti Nor Azman)

Guru Bahasa Melayu,

Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bharu

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda