SRIHJB | LAPORAN PERHIMPUNAN KHAS SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

Pada 5 September 2021, telah berlangsungnya perhimpunan khas mingguan yang diadakan secara dalam talian di saluran Youtube SRIH JB.

Ini juga merupakan perhimpunan pertama melibatkan semua murid bagi Semester 2 pada tahun ini. Pelbagai pengisian dirancang untuk menarik minat dan meningkatkan motivasi anak-anak.

Perhimpunan khas ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu sekolah. Pastinya ada dalam kalangan anak-anak yang telah lupa sebahagian lirik lagu sekolah setelah lama tidak didengari dan dinyanyikan.

Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan senaman ringan yang dikenali sebagai ‘Chairobic’. Senaman ini telah dikendalikan oleh beberapa orang murid SRIH bawah bimbingan dan tunjuk ajar Ustaz Fadzil Edris. Kemudian, perhimpunan diteruskan dengan tayangan montaj khas berkaitan suasana sebelum pandemik Covid-19 dan suasana sekolah pada waktu ini. Kebanyakan murid menyatakan kerinduan untuk hadir ke sekolah.

Acara yang dinantikan ialah ucapan daripada Guru Besar, Puan Hajah Rohaida binti Ridzwan. Pelbagai nasihat telah diberikan untuk bekalan buat anak-anak SRIH yang soleh dan solehah.

Akhirnya, perhimpunan diakhiri dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna dan bacaan doa penutup.

Perhimpunan khas tamat pada jam 9.30 pagi dengan jayanya.

Setakat jam 10.00 pagi, seramai 3540 penonton yang telah menyaksikan you tube tersebut.

Jazakumullah khairan kathira buat semua unit yang terlibat menguruskan program ini dan tidak lupa juga buat murid-murid yang telah hadir dalam perhimpunan secara dalam talian.

UNIT HEM
5/9/2021

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda