SRIHJB | LAILAH IMANIAH AKHAWAT JBU DAN GURU WANITA SRIH

Alhamdulillah program ini telah berlangsung dengan jayanya pada Isnin 16 Ogos 2021 dengan pengisian dalam talian pada jam 9:00 hingga 10:25 malam.

Program bermula seawal jam 6:30 petang dengan aktiviti zikir al Ma’thurat,tilawah alQuran dan solat berjamaah bersama keluarga di rumah masing-masing.

Sesi dalam talian diacarakan oleh Ustazah Nur Rahimah Mohd Zulkifli dan pengisian bertajuk Servis “Hati Perkasa Diri” disampaikan oleh Puan Nur Hidayah Junaidi, bekas guru SRIH yg kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pedidikan dan Pembangunan.

Pengisian beliau banyak menyentuh aspek pembinaan kekuatan dalaman dalam mengurus kesan pendamik terhadap hati bagi meneruskan kehidupan seharian yang kian mencabar.

Setelah sesi dalam talian selesai, peserta meneruskan aktiviti Qiamullail di rumah masing-masing.Agenda berakhir dengan zikir Al Ma’thurat pagi selesai solat subuh.

Semoga program ini berjaya mencapai objektif dalam pembinaan modal insan yang berintegriti dan berdaya tahan bagi mendepani cabaran semasa.

Disediakan oleh,
WAN RUDZINA WAN MANSOR
Pengurus Tarbiah Guru SRIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda