KEM TAHFIZ LEVEL 3, JULAI 2021

Alhamdulillah pada 16-18 Julai lepas, kem tahfiz bagi murid tahfiz telah dilaksanakan dengan jayanya.

Tujuan Kem tahfiz ini dijalankan agar murid- murid tahfiz dapat mengisi masa cuti sekolah ini dengan menghafaz ayat-ayat al Quran serta murajaah kembali surah-surah yang telah dihafaz sebelum ini.

Pihak sekolah juga mengharapkan dengan adanya kem tahfiz ini dapat melahirkan budaya cintakan Al Quran di kalangan pelajar sekolah ini.

Berikut adalah agenda utama dalam kem tahfiz kali ini di samping kelas mentasmik hafazan dan murajaah, iaitu :

1) PERASMIAN KEM TAHFIZ SMIH JB 2021

Perasmi: Puan Seri Juli Emas Wati Adnan
Penceramah : Ustaz Abdul Muhaimin bin Hj. Muhammad Shahar (Penasihat Maahad Tahfiz Al-Quran SMI Hira’)

Program perasmian telah diadakan melalui YouTube. Ia adalah program gabungan antara level 1-3.

2)PERKONGSIAN ALUMNI
“Kita Penghafaz al-Qur’an”

Jemputan Alumni: Saudara Muhammad Iqram Muqriz B. Roshaizad Hafiz 30 Juz, Alumni Batch 22 SMIH JB

Pihak AJK Program mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan masa kepada semua murid dan guru yang mengikuti kem ini, juga tidak dilupakan penghargaan sokongan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Jzaakumullahukhairan kathira

Di bawah ini disertakan senarai murid yang terpilih sebagai peserta terbaik Kem Tahfiz. Semoga menjadi dorongan motivasi untuk cekal berusaha dalam hafazan insyaAllah..

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda