Musleh International School Debate Championship (MISDC) 2021

Assalamualaikum w.b.t.

Kelab DePiKir Sek Men Islam Hidayah Johor Bahru telah menghantar 1 pasukan debat Bahasa Melayu, 2 pasukan Bahasa Inggeris dan 1 pasukan Bahasa Arab ke Pertandingan Debat MISDC peringkat antarabangsa pada 16-18 Julai lalu. Pertandingan ini turut disertai pasukan debat dari sekolah menengah di Malaysia juga Singapura, Palestin dan Indonesia.

Pencapaian pasukan debat Bahasa Inggeris (A) telah berjaya ke peringkat Separuh Akhir setelah memberi saingan sengit pasukan debat STAR. Manakala pasukan debat Bahasa Arab berjaya melepasi hingga ke Suku Akhir setelah berdepan dengan sekolah SMAASZA (B) dan tidak lupa juga pasukan debat Bahasa Inggeris (B) dan Bahasa Melayu yang telah berjaya memberi saingan sengit kepada pihak lawan sepanjang pusingan Preliminary.

Suatu pencapaian dan usaha yang sangat membanggakan kerana ini merupakan pertandingan Debat Musleh secara atas talian yang julung kali diadakan. Dengan persiapan dan latihan intensif selama sebulan anak-anak depikir ini telah mempamerkan ketangkasan berhujah dan membidas pihak lawan dengan baik.

Tahniah dan syabas buat semua pendebat yang telah berusaha semaksima mungkin sebelum dan semasa debat ini berlangsung. Ucapan setinggi tahniah buat pendebat kita Aliya Maisarah bt Zulkurnain 5 Imtiyaz kerana dinobatkan sebagai 1st Best Speaker English Debate daripada 76 orang pendebat dalam pusingan prelim.

Jutaan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan, doa dan sokongan yang diberikan khususnya buat guru-guru penasihat depikir, trainer, alumni, ibu bapa, pihak pengurusan sekolah dan semua warga SMIH amnya.

مُنَاظِرُو اليوم، قَادَةُ المستقبل
Pendebat hari ini, pemimpin akan datang.

SATU MATLAMAT, SATU KEBERGANTUNGAN

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda