LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KSSM DALAM TALIAN.

Alhamdulilah, bidang bahasa Sekolah Menengah Islam Hidayah, di bawah penganjuran  Panitia bahasa Melayu  telah berjaya melaksanakan bengkel teknik menjawab bahasa Melayu KSSM secara dalam talian yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman, Tn Hj Ujang Mohamad Lazim, Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Bengkel selama dua hari itu telah menyasarkan penyertaan kepada semua pelajar tingkatan 5 atau lebih tepat calon-calon SPM 2021. Objektif penganjuran bengkel ini untuk memberikan pendedahan dan membiasakan pelajar dengan format peperiksaan bahasa Melayu  SPM KSSM.  Bermula dengan bengkel menjawab bahasa Melayu kertas 2 pada 5 Jun,  diikuti teknik menjawab kertas 1 siri kedua pada 8 Jun 2021 mendapat sambutan yang sangat positif daripada semua pelajar tingkatan 5 walaupun masih dalam suasana cuti persekolahan, apatah bengkel diadakan pada waktu pagi bermula pukul 9.00-11.00 pagi.   Situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan bengkel dijalankan secara dalam talian menggunakan medium Microsoft Teams dan Google Meet  tidak secara bersemuka, langsung tidak mematahkan semangat pelajar untuk terus memburu ilmu walaupun terdapat kekangan capaian Internet yang kurang memuaskan kerana alah bisa tegal biasa dek kerana mereka sudah terbiasa dengan kelas pdpr secara dalam talian. Semoga bengkel ini mencapai objektifnya dan usaha yang berterusan akan menghasilkan kejayaan dalam  peperiksaan SPM 2021 kerana usaha tangga kejayaan.

Disediakan oleh, 13 Jun 2021
Ustazah Norsamsidar Miskan
Ketua Panitia Bahasa Melayu SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda