SMIHJB| “MABIT Tingkatan 5 Batch Altair 23″

Alhamdulillah, pada hari Selasa 25/5/2021 yang lalu, satu program MABIT iaitu singkatan bagi Malam Bina Iman dan Taqwa telah dijalankan melibatkan seluruh ahli batch Altair 23.

Seramai 82 orang setiap ahli banin dan banat beserta guru tarbiah batch terlibat bersama-sama di dalam program ini yang berakhir pada 26/6/2021.

Program MABIT dimulakan dengan aktiviti riadah kendiri. Seterusnya terdapat slot mathurat asar dan subuh menggunakan medium Google Meet. Satu slot khas dijalankan selepas maghrib iaitu slot tazkirah yang diberi oleh wakil banin dan banat. Kehadiran slot tazkirah dihadiri oleh 41 orang banin dan 64 orang banat. Slot pengisian dijalankan selepas solat isyak :

SLOT PENGISIAN : MEMENUHI JANJI
Oleh :
Akh Mujahid bin Zaharuddin (Banin)
Ustazah Khadijah binti Salim (Banat)

Dihadiri oleh :
Banin – 43 orang
Banat – 71 orang

Semoga MABIT dan pengisian ini dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman semua peserta serta mampu diamalkan seharian in syaa allah..Ameenn

Norzahriah bt Mukibah
Penyelaras Tarbiah Ting.5

#smihjb
#berilmuberamalmemimpin
#PalestineWillBeFree

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda