SRIHJB | SAMBUTAN HARI GURU, MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA

Pada hari Khamis bersamaan 20 Mei 2021, SRIH JB telah mengadakan Sambutan Hari Guru, Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya di YouTube SRIH JB.

Program 3 serangkai ini bertujuan meraikan pengorbanan guru dalam suasana pandemik Covid19 yang mencabar, meraikan murid-murid yang berjaya khatam al-Quran sepanjang Ramadan dan meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan.

Pada jam 9.00 pagi, program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Nur Herman Sulaiman dan disusuli dengan ucapan Guru Besar, Ustazah Rohaida Ridzwan . Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Ketua Murid, Ahmad Fakhri Mohd ‘Arif. Seterusnya program diteruskan dengan majlis khatam al-Quran, persembahan murid, ucapan murid, ucapan alumni dan kuiz. Program dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Syafiq Khairuddin dengan penuh ceria.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi ini telah ditonton secara langsung di YouTube SRIH JB oleh murid, guru dan orang awam seramai 640 orang. Alhamdulillah selepas dua hari berlalu jumlah tontonan mencecah 2800 tontonan.

Ustazah Nurul Syuhadah Yahya
Setiausaha JK Program Hari Guru, Khatam Al Quran & Sambutan Hari Raya
22 Mei 2021

Pautan ke Video program : https://youtu.be/Ycp48SFiDX4

Gambar sekitar program :

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda