SRIHJB | SANITASI SRIHJB

Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan awal COVID-19, pada hari Selasa 27 April 2021 SRIH JB telah melaksanakan sanitasi keseluruhan blok bangunan sekolah termasuk ruang-ruang khas dengan bantuan pihak pasukan bomba Tebrau.

Seramai 5 orang ahli bomba yang telah hadir bagi melaksanakan tugasan sanitasi tersebut. Pengerusi Lembaga Sekolah Islam Hidayah JB, Tuan Haji Hassan bin Hushin, Ketua Eksekutif Tuan Haji Mohd Jelani bin Ramly, Pegawai Tadbir, Puan Masini Latif, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko Kurikulum, Pengurus Tarbiah Staf SRIH serta Ustazah Siti Nor Aida Mohd Ayob wakil Unit Keselamatan SRIH turut hadir bagi menyantuni petugas-petugas bomba tersebut.

Proses sanitasi yang bermula pada jam 3. 00 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang diharapkan sedikit sebanyak dapat menghalang sebarang wabak berjangkit merebak.

Semua pihak diminta terus mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Pengurusan HEM
SRIHJB
1/5/21

GAMBAR AKTIVITI SANITASI OLEH PIHAK BOMBA

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda