SRIHJB | Majlis Pelantikan & Induksi Pustakawan

Pada hari Sabtu, 10 April yang lalu, Pusat Sumber al-Ghazali (PSAG) Sek. Ren. Islam Hidayah JB telah mengadakan Majlis Pelantikan & Kursus Induksi Pustakawan 2021. Seramai 49 orang pustakawan dan 8 orang guru bertugas telah terlibat.

Majlis dimulai dengan penyerahan watikah pelantikan oleh Guru Penolong Kanan KSSR, Ustazah Siti Salwa Abd Samad dan seterusnya memberikan ucapan alu-aluan bagi meraikan semua pustakawan yang telah dilantik.

Acara selanjutnya ialah taklimat berkenaan pusat sumber, pengenalan asas power point bagi menghasilkan e-buku dan seterusnya teknik pengucapan awam untuk meningkatkan keyakinan diri semua pustakawan.

Selain itu, para peserta juga turut membuat beberapa simulasi tatacara bertugas di PSAG dan gotong-royong untuk menyusun atur kelengkapan pusat sumber dan membersihkan ruang-ruang yang tertentu.

Alhamdulillah, para peserta telah memberikan tumpuan dan kerjasama yang baik di sepanjang program berlangsung. Program berakhir pada pukul 1.10 tengah hari. Semoga program ini dapat menyuntik semangat mereka untuk terus mengorak langkah demi kecemerlangan PSAG.

Sederap melangkah.

Ustazah Siti Rabeaah
Ketua Unit PSAG

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda