SRIHBP | My-Robot Formula Line Tracing Online Competition

Pada 26 Februari 2021 yang lepas, salah seorang murid SRIHBP iaitu adik Shafiq Nazhan telah menyertai My-Robot Formula Line Tracing Online Competition anjuran My-Robot Robotics & Coding Academy – Headquarters.

Dalam pertandingan ini, adik Shafiq Nazhan dan ahli kumpulannya perlu membuat arahan pada robot yang dicipta untuk melalui garisan yang telah ditetapkan oleh penganjur dan robot yang melalui garisan itu paling laju dikira sebagai pemenang.

Alhamdulillah, kumpulan adik Shafiq Nazhan telah berjaya mendapat tempat ketiga untuk kategori junior(bawah 12 tahun) dalam pertandingan ini.

Tahniah diucapkan kepada adik Shafiq Nazhan diatas kejayaan ini!

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda