Kem Tahfiz L3 Mac 2021

Pada 28 Mac 2021 hingga 30 Mac 2021 yang lalu, Alhamdulillah para pelajar Tahfiz SMIH Level 3 telah selesai menjalani program Kem Tahfiz L3 yang berlangsung selama 3 hari bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang. Pelajar tahfiz yang terlibat dengan kem ini seramai 155 orang bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang melibatkan murid yang menetap di sekitar Johor Bahru. Manakala murid yang tinggal di luar Johor dan menetap jauh dari sekolah telah menjalani kem tahfiz secara maya. Kem tahfiz ini hanya bertempat di sekitar kawasan sekolah .

Objektif utama Kem tahfiz dianjurkan pada kali ini bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat mengisi masa cuti sekolah ini dengan menghafaz ayat-ayat al Quran serta murajaah kembali surah-surah yang telah dihafaz serta membina satu biah peribadi hafiz hafizah yang Musleh.

Tahniah dan syabas kepada semua murid Tahfiz L3 yang telah berjaya menghadirkan diri ke kem ini serta mencapai target hafazan yang ditetapkan sepanjang kem. Semoga Kem Tahfiz yang berlangsung baru-baru ini dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Jutaan terima kasih dan jazakumullah khairan kathiran kepada Puan Pengetua, Katua Bidang Tahfiz serta barisan para guru dan fasi seramai 11 orang yang telah bertungkus lumus menjayakan kem tahfiz kali ini. Semoga Allah memberkati segala usaha dan mujahadah yang dicurahkan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda