SRIHJB | Mukhayyam Norma Baharu Guru SRIH 2021

Alhamdulillah mukhayyam ini selamat melabuhkan tirai pd Sabtu 27 Mac 2021 jam 1.00 tengah hari.Mukhayyam yang bermula sejak Jumaat 26 Mac ini melibatkan seramai 74 Orang guru wanita dan diadakan secara norma baharu.

Mukhayyam norma baharu ini berkonsepkan gabungan aktiviti outdoor, indoor, aplikasi maya, kerohanian yang dilaksanakan secara berkumpulan, individu dan bersama keluarga masing-masing. Antara aktiviti yang dilakukan adalah menyantuni golongan asnaf dan anak yatim, membuat video dan poster untuk disebarkan di media sosial, mutabaah amal fardi, riadah, KULTUM, dan beberapa lagi aktiviti yang bermanfaat.

Pengisian menitikberatkan pembinaan jati diri seorang Muslim, penggunaan IT, pembudayaan sop norma baharu dan kemahiran berorganisasi.

Semoga program ini berjaya mencapai objektif di samping meningkatkan kualiti modal insan di Pusat Pendidikan Hidayah.

Disediakan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor
Pengurus Tarbiah Guru
SRIH

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda