LAPORAN PROGRAM PELANCARAN GPK SPM,PELANCARAN MYBUDDY’S DAN MOTIVASI T5.

Pada hari Sabtu, 27 Februari 2021, Unit SPM Excellent Project (SEP) dan Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah telah mengadakan Program PELANCARAN GPK SPM DAN MOTIVASI bagi tahun 2021.

Program yang bertemakan “TERBANG MENGGAPAI BINTANG” ini dimulakan dengan Pelancaran GPK SPM 2021 yang dirasmikan oleh Puan Seri Juli Emas Wati Adnan, Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah pada jam 9.00 a.m. sehingga 10.00 a.m. Kemudian, di ikuti oleh Pelancaran Program MyBUDDY’s anjuran Unit Tarbiyah.

Setelah berehat selama 30 minit, program diteruskan dengan Program Motivasi yang berlangsung dari jam 10.30 a.m. sehingga 12.15 p.m. disampaikan oleh Puan Norhawanis Samion dan dibantu oleh Encik Adam Luthfie selaku Kaunselor Sekolah.

Insha-Allah pada tahun ini sekolah mensasarkan GPK 2.31 untuk dicapai oleh batch ALTAIR XXIII. Dengan motto “FLY & SHINE”, mereka berikrar akan memberikan kerjasama yang baik dengan semangat dan usaha yang dirancang agar sasaran GPK 2.31 berjaya dicapai atau memperolehi lebih baik lagi.

Semoga program Motivasi dan Pelancaran GPK SPM 2021 ini menjadi permulaan yang baik bagi batch ALTAIR XXIII. Program ini juga diharap dapat membentuk semangat batch ini agar terus gigih melakar kecemerlangan sekaligus membina jati diri dan akhlak sebagai Generasi Rabbani.

Jazakumullah khairan katsira kepada semua yang terlibat, terutama Unit Akademik dan Unit Pembangunan Sahsiah Murid diatas berlangsungnya program tersebut.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda