SRIHJB: GOTONG ROYONG SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH

Pada 27 Februari 2021 yang lalu, Sekolah Rendah Islam Hidayah ( SRIH) telah mengadakan Program Gotong-Royong di sekitar kelas, sekolah dan bilik-bilik khas.

Program ini bertujuan sebagai persediaan menyambut kehadiran murid- murid ke sekolah bagi tahun 2021.

Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 8:30 pagi yang dilaksanakan oleh guru- guru dan staf-staf SRIH

Pada tahun ini ibu bapa murid tidak dapat turut serta dalam gotong- royong kerana masih dalam temph PKP.

Guru- guru terlibat membuat gotong- royong di sekitar kawasan sekolah, kelas dan bilik- bilik khas.

Aktiviti gotong- royong menceria dan membersihkan kawasan sekolah ini ditamatkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Terima kasih diucapkan kepada PIBG SRIH yang telah menaja makanan sarapan dan tengah hari sempena aktiviti gotong- royong untuk guru-guru dan staf sokongan yang terlibat.

Unit Kelestarian Srih 2021
1/3/2021

Klik Pautan untuk gambar
https://www.facebook.com/srihidayahjb/posts/401029751267514

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda