SRIHJB: SEMINAR IBU BAPA TAHUN 1 SESI 2021.

Seminar untuk ibu bapa Tahun 1 Sesi 2021 telah diadakan pada hari Sabtu 15 Ogos 2020. Program yang dilaksanakan secara atas talian ini berjalan serentak dalam dua pengendalian iaitu seminar untuk ibu bapa baru dan forum bagi ibu bapa lama.

Seramai 123 peserta terdiri daripada ibu bapa baharu manakala ibu bapa lama seramai 122 orang. Pengisian seminar adalah tentang falsafah , misi dan visi sekolah, pengoperasian sekolah, pembangunan dan dana, peranan dan aktiviti PIBG serta sesi soaljawab.

Para penyampai terdiri daripada Pengerusi LPH, Tuan Haji Hassan bin Hushin, Ketua Eksekutif PPH, Ustaz Mohd Jelani bin Ramly, Tuan Hj Ir Nor Hisham bin Samiran selaku ahli lembaga Bahagian Pembangunan, Ketua Eksekutif Kewangan, Tuan Haji Mohd Hatta bin Husin, Pengerusi PIBG SRIH, Dr Abdul Rahman bin Tamuri, Guru Besar, Ustazah Rohaida binti Ridzwan dan barisan ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekolah.

Majlis berjalan lancar dan berakhir dengan perbincangan serta sesi soal jawab dalam suasana penuh harmoni.

Laporan disediakan oleh,
Ustazah Zaleha Daud,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda