PPH: Lawatan Rasmi Oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor

PPH| Pada tanggal 13 Ogos 2020 jam 10.00 pagi, YB Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar telah membuat lawatan kerja rasmi ke Sekolah Menengah Islam Hidayah dan Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru.

Beliau diiringi oleh Tuan Hj Samsuddin bin Mahdi Pegawai Pendidikan Islam , Pejabat Pendidikan Islam Daerah JB, Ustaz Azhari bin Basiron Penolong Pegawai Seksyen Pembangunan Unit Pengurusan Sekolah BPI JAINJ , Ustaz Tusiran bin Hj Sukero Penolong Pegawai Pendidikan Islam Unit Pengurusan Sekolah PPID Jb dan Ustaz Dahalan bin Mohd Din Penyelia Pendaftaran Unit Pengurusan Sekolah PPID Jb .

Hasil lawatan kerja tersebut , YB Dato telah mengumumkan berita gembira kepada pihak sekolah apabila memaklumkan bahawa permohonan tanah kerajaan oleh sekolah telah diluluskan.

Selain itu YB Dato juga telah menjadikan seorang murid Tahun 5 Sekolah Rendah Islam Hidayah sebagai Anak Angkat Exco Pendidikan .

Pihak sekolah sangat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih atas kesudian YB memilih sekolah Hidayah untuk di lawati.

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda