SRIH JB: SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH JB UNTUK MURID TAHUN 1 HINGGA 4

RABU, 22 JULAI 2020: warga SRIHJB telah menyambut kehadiran murid Tahun1 hingga 4 ke sekolah dengan normal baharu.

Kahadiran murid disambut oleh Ahli Lembaga Pengelola Hidayah (LPH), barisan Jawatankuasa Sekolah dan wakil PIBG di pagar utama sekolah.

Sebanyak 6 kaunter saringan disediakan bagi imbasan suhu dan sanitasi disediakan yang diuruskan oleh guru-guru dan kakitangan bukan akademik. Murid-murid ini disambut oleh guru mentor di kelas masing-masing.

Aktiviti hari pertama diisi dengan agenda bacaan doa khas yang dipimpin oleh wakil Saf Kepimpinan Muda, ucapan guru besar, taklimat normal baharu , tayangan video pematuhan SOP, tayangan cara menggunakan pencuci dan melakukan sanitasi tangan dan pemakaian pelitup muka dengan betul.

Sesi persekolahan berakhir seperti yang dijadualkan pada jam 1.05 tengah hari dengan kahadiran ibu bapa menjemput anak-anak serta beberapa buah bas yang tiba awal bagi membawa murid pulang ke rumah.

Semoga anak-anak SRIH terus bersemangat dalam perjuangan menimba ilmu dalam normal baharu.

RAHMAH. BERPRESTASI . MEMIMPIN

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda