SMIHJB : “Islam & Jahiliyah” Tajuk Daurah Online Tingkatan 5


SMIHJB| Pada 17 Julai 2020 yang lalu, Unit Pembangunan Sahsiah Murid Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah mengadakan program Daurah Online bagi semua murid Tingkatan 5.

Batch : Zenith22
Tarikh : 17 Julai 2020
Masa : 9.30 – 12.00 Tengahari
Kehadiran : 95% murid
Tajuk : Islam dan Jahiliyah
Medium : Google Meet 

Program daurah online dimulai dengan ucapan aluan daripada ketua batch Zenith22, saudara Abdul Hadi Khairin. Kemudian disambung dengan bacaan tilawah oleh saudara Muhammad bin Rosbi yang telah menjuarai pertandingan tilawah al Quran semasa cuti PKP yang lepas.


Pengisian daurah disampaikan oleh Saudara Wan Abdul Rahman yang merupakan alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah melalui medium google meet. Penyampaian yang sangat padat dengan ilmu ini diakhiri dengan sesi soal jawab daripada murid.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah, semoga program daurah online mencapai objektif dengan ilmu serta kefahaman yang bermanfaat dalam kehidupan serta membina jati diri menjadi generasi Rabbani.

Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program daurah online terutama kepada Pengetua, Penyelaras Tingkatan 5, Unit Tarbiah Murid, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa, MT Batch Zenith22 dan semua murid Tingkatan 5 yang dikasihi Allah sekalian.



#jomkesyurga
#menujubatchrahmah
#zenith22

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda