SRIH JB: SAMBUTAN MURID & PEMANTAUAN PIHAK PPD JB

RABU, 22 JULAI 2020

Pembukaan persekolahan sepenuhnya murid SRIH JB pada Rabu 22/7/2020 berjalan lancar. Alhamdulillah.

Kembalinya murid-murid ke sekolah disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Ahli-ahli LPH, para AJK PIBG SRIH & Sukarelawan di kalangan ibu bapa.

Turut menyambut murid-murid adalah Jawatankuasa Pengurusan Srih (JPS SRIH), Staf KBA, Kaunselor dan guru-guru.

SRIH JB juga berbesar hati menerima kehadiran wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JB, Encik Hadi bin Kamaldin yang melakukan pemantauan rasmi sempena hari pertama persekolahan sepenuhnya.

Beliau turut meninjau keadaan kelas-kelas dan suasana hari pertama persekolahan.

Alhmdulillah Encik Hadi telah memberikan respon yang sangat positif terhadap perjalanan hari pertama persekolahan ini.

SRIH JB juga dilawati oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Sarjan Azma beserta Sarjan Mejar Chandran dari IPD Johor Bahru pada hari ini yang memantau suasana keselamatan hari pertama persekolahan, selain merangka pemantauan dan pengumpulan data kehadiran warga SRIH.

Alhmdulillah semuanya berjalan dengan baik dan selamat.

RAHMAH. BERPRESTASI. MEMIMPIN

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda