SRIH JB : TAKLIMAT GURU – Persiapan Menyambut Murid Tahun 1 hingga 4

SRIH JB : TAKLIMAT GURU – Persiapan menyambut murid tahun 1 – 4 ke sekolah dengan normal baharu.

Sebagai persiapan akhir menyambut murid-murid tahun 1-4 kembali ke sekolah dengan normal baharu, guru-guru telah menghadiri taklimat berkaitan pada Isnin 20/7/2020 jam 3.30 – 4.30 petang di Dataran Amanah.

Taklimat disampaikan oleh:

  1. Penolong Kanan HEM – berkaitan pematuhan sop dan program simulasi normal baharu
  2. Pengurus Sahsiah & Kepimpinan Murid – berkaitan pergerakan normal baharu untuk berwuduk & solat
  3. Timbalan Guru Besar – berkaitan Pdpc normal baharu

Majlis diakhiri dengan sedikit motivasi dan peringatan oleh guru besar yang menyeru guru-guru untuk terus bersemangat dan saling bantu- membantu memastikan guru-guru & murid-murid mematuhi sop serta menjalani sesi persekolahan dengan normal baharu

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda