SRIH JB : SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH JB.

Tarikh 15 Julai 2020 mencatat satu lagi sejarah bagi SRIH JB dengan pembukaan sekolah dalam fasa PKPP.

Hari ini SRIH menyambut kehadiran 398 orang murid dengan normal baharu.

Sebanyak 8 kaunter saringan disediakan bagi imbasan suhu dan QR code yang dilaksanakan oleh 24 orang guru bertugas seawal jam 7.15 pagi.

Kehadiran murid disambut oleh barisan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah berserta beberapa orang guru yang ditugaskan di bahagian pagar utama sekolah.

Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah, Tuan Haji Hassan bin Hushin, Ketua Eksekutif Tuan Haji Mohd Jelani bin Ramly bersama beberapa orang ahli lembaga sekolah dan ahli jawatankuasa PIBG turut hadir bagi meraikan kehadiran murid-murid.

Aktiviti hari pertama diisi dengan agenda bacaan doa menghadapi Covid-19 diketuai oleh Amir Shahid bin Rofazlin dari Saf Kepimpinan Muda , ucapan khas Guru Besar Ustazah Rohaida Ridzwan, penerangan SOP kepada murid, tayangan video pematuhan sop, video menggunakan pencuci tangan dan pelitup muka dengan betul dan simulasi berkaitan hal-hal tersebut.

Murid-murid kelihatan ceria dan dapat memberi kerjasama yang baik dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sesi persekolahan berakhir seperti yang dijadualkan pada jam 1.05 tengah hari dengan kehadiran ibu bapa menjemput anak-anak serta beberapa buah bas sekolah yang dapat tiba awal bagi membawa murid-murid pulang ke rumah.

Semoga anak-anak SRIH terus bersemangat dalam perjuangan menimba ilmu dalam norma baharu.

Disediakan oleh
Zaleha Daud
GPK HEM SRIH
15 Julai 2020

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda