SMIHJB: Program Gotong-royong PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru

SMIHJB| Program gotong royong yang berlangsung seawal jam 9.30 pagi pada 5 Julai 2020 (Ahad) ini telah selesai berjalan dengan lancar. Bak kata pepatah melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Program ini menerima sambutan menggalakkan apabila ramai dikalangan kaum Adam yang  hadir turun padang untuk turut serta bergotong royong membersihkan dan menyusun atur semula bilik darjah.

Alhamdulilah, program ini selesai dengan jayanya dan sesuai mengikut SOP yang ditetapkan. Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Jazakumullahu khayran kathira..

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda