SMIHJB: Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Johan Pertandingan Tilawah Peringkat Negeri Johor

SMIHJB| Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Johan Pertandingan Tilawah Peringkat Negeri Johor

Alhamdulillah saudara Muhammad bin Rosbi wakil murid Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru diumumkan sebagai Johan dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Online Kategori Sekolah Menengah (Lelaki) Peringkat Negeri Johor 2020 yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Pertandingan ini dijalankan sewaktu cuti PKP ini sekaligus sebagai ihya’ Ramadhan Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada bulan Mei yang lalu.

Semoga pencapaian ini menjadi suntikan semangat kepada peserta yang terlibat untuk terus maju ke hadapan dengan potensi dan kelebihan yang dianugerahkan. Juga sebagai dorongan kepada murid-murid lain untuk merebut peluang dan kesempatan yang ada dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang mencungkil potensi dan berunsur pendidikan.

Kami mengucapkan jazaakumullahukhairan kepada semua pihak yang terlibat.

https://www.facebook.com/100000649890161/posts/3160474080650891/

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda