SMIHJB| Alhamdulillah, unit Pembangunan Sahsiah Murid Sek Men Islam Hidayah, telah mengadakan Program Mabit & Daurah bagi semua murid Tingkatan 3.
Batch: Chromium 24
Tarikh: 5-6 Mac 2020
Masa: 4 pm -12 tengah hari
Kehadiran: 96%
Tajuk Mabit: Ikhlas
Tajuk Daurah: Cabaran Kehidupan Abad ke 21
Program MABIT bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir dengan program Daurah pada keesokkannya. Malam MABIT diisi dengan tajuk IKHLAS yang disampaikan oleh alumni murid sekolah, diketuai Ammar Mukhlis Bahrin bagi Banin dan Haziqah Amani bagi Banat di dua lokasi berbeza.
Pengisian daurah pula disampaikan oleh Ustazah Masidayu Mahusin di Dewan Qadisiah pada hari Jumaat jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tajuk daurah Cabaran Kehidupan Abad ke 21.
Alhamdulillah, dengan peratus kehadiran murid yang tinggi, semoga menjadikan program MABIT & Daurah Tingkatan 3 mencapai objektif menjadi generasi rabbani dan menjadi bekalan yang baik kepada murid dalam membentuk semangat agar terus membina jati diri sebagai muslim sejati.
Jazakumullah khairan katsira kepada semua yang terlibat terutama kepada Pengetua, Guru Penyelaras Tingkatan 3, Unit Tarbiah Murid, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa dan murid-murid Tingkatan 3 sehingga berlangsungnya program ini dengan jaya.