SMIHJB: Daurah Khariji PRS SMIH 2020

SMIHJB| Alhamdulillah pada 20-22 Februari 2020, seramai hampir 80 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengikuti Daurah Khariji yang telah berlangsung di SMIH dan Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti.

Program ini bertujuan memfokuskan kepada pembinaan jati diri, semangat dan azam, skill dan gerak kerja serta bekalan ilmu dalam memastikan pembinaan pelajar SMIH dalam program Majlis Diskusi Pelajar (MDP) berjalan mengikut matlamat yang ditetapkan.

Resolusi yang telah ditetapkan ialah pembinaan tarbiyah zatiyah, perancangan gerak kerja yang tersusun dalam medan masing-masing serta penyampaian maklumat dan bahan yang telah diperoleh kepada ahli MDP masing-masing.

Semoga pendedahan yang diberikan membantu PRS dalam membimbing dan membina rakan-rakan di sekolah menjadi insan bercirikan Rabbani, Soleh dan Musleh Insha Allah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda