SMIHJB: Majlis Ramah Mesra & Taklimat Asrama 2020

SMIHJB| Pada hari Isnin yang lepas, tanggal 27 Januari 2020 telah berlangsungnya sesi perjumpaan pihak pengurusan asrama Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) bersama-sama ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar asrama. Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Asrama 2020 ini berlangsung di Dewan Qadisiyyah dan dihadiri lebih kurang 70 orang ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar asrama.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis oleh Ustaz Mohd Fikri Abdul Rahman, warden asrama banin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan yang memberikan kata-kata semangat dan peringatan kepada pelajar asrama serta harapan pihak pengurusan asrama agar dapat bersama-sama ibu bapa dan penjaga membantu membentuk bi’ah solehah di asrama.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan penerangan selaku wakil Pengurusan Asrama SMIH, Ustazah Hamizah bt Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Penerangan dan taklimat asrama ini berkaitan dengan kebajikan asrama yang merangkumi kondisi dan peraturan terkini serta perjalanan kehidupan seharian pelajar-pelajar di asrama. Beliau juga membuka ruang cadangan dan komentar untuk penambahbaikan di asrama daripada ibu bapa dan penjaga pelajar asrama. Beberapa cadangan dan isu berbangkit telah disuarakan oleh ibu bapa. Antaranya kes kecurian, gangguan monyet, jadual sekolah anak-anak asrama dan permohonan balik kampung lebih awal sebelum 5.30 petang. Selain itu, ibu bapa bersetuju agar anak-anak mereka diberi ruang dan peluang membantu warden asrama, pekerja kantin dan pekerja kebersihan ketika mempunyai waktu lapang di asrama

Selaku Ketua Guru Tahfiz, Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad telah memberikan taklimat khusus kepada ibu bapa pelajar tahfiz asrama berkenaan Program Kelas Tasmik Sahur di asrama. Kelas ini dilaksanakan setiap pagi bermula jam 4.30 pagi sehingga waktu subuh pada setiap hari persekolahan. Objektif program ini bertujuan melahirkan 80% murid asrama mencapai target hafazan mereka. Guru-guru yang terlibat adalah dalam kalangan guru-guru tahfiz dan warden asrama secara bergilir bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan hasil potluck daripada ibubapa. Pelbagai jenis hidangan disediakan oleh ibu bapa, pelajar dan warden-warden asrama. Majlis suai kenal dan muayashah antara ibu bapa dan pihak pengurussan asrama juga berlangsung ketika jamuan ini .Majlis yang santai dan meriah berakhir pada pukul 5 petang.

Disediakan oleh, Fazureen bt Roslan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda